Blogger Backgrounds

Novellist Banner

Photobucket

Tuesday, 17 May 2011

Bab 2: Cuti Sekolah !

"Kau pergi mana cuti sekolah ini?"tanya Hanila kepada Feeka. Feeka hanya mengangkat bahunya sambil menggalas begnya yang berat.

   "Aku nak pergi ke Pulau Pinang,"sampuk Hazrul yang kini menumpukan perhatiannya kepada Hanila pula. Hazrul memang suka menyampuk apabila orang bertanya kepada orang lain.

   "Aku rasa aku tak tanya engkau,"balas Hanila dengan selamba dan tidak memandang langsung muka Hazrul. Firdaus yang dari tadi diam kini tergelak diikuti dengan Feeka yang hanya mendengar perbualan antara kawan baiknya itu. Hazrul tersengeh sendirian.

   Mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah masing-masing. Sekali mereka gelak, sekali mereka diam. Begitulah mereka hampir setiap hari. Syahiera pula selalu memerhatikan Hanila dan Hazrul. Setiap kali Hanila dan Hazrul bersama, mesti ada orang yang menghalang walaupun untuk pembelajaran. Hish ! Dunia , Dunia !

   * * * * *
    Petang jumaat itu, Feeka segera mengemas beg untuk pulang ke kampung halamannya. "Eka,ma panggil. Cepat turun,"Feeka terdengar suara abangnya,'Sudah agak ! Pasti abang balik kerana cuti semester !' desis hati Feeka.

   Feeka segera turun tangga. "Dah kemas barang ke?"tanya Puan Hayani yang sedang menghidangkan goreng pisang di atas meja makan. Tangan Feeka segera mencapai goreng pisang itu tetapi gagal kerana abangnya menepuk tangannya tanda menyuruh untuk mencuci tangan adiknya itu.

   Feeka segera ke dapur. Dia memulas paip untuk mencuci tangannya lalu kembali semula ke ruang makan. Dia segera mencapai goreng pisang yang panas itu.

   "Abang balik kampung bersama dengan Eka ke?"tanya Feeka yang inginkan kepastian. Abangnya yang sedang mengunyah goreng pisang itu menghabiskan kunyahannya lalu minum air kopi yang terhidang itu.

   "Yala...Abang dah lama tidak berjumpa dengan nenek,"kata abangnya,Faris. Feeka mengangguk lalu bertanya pula kepada Puan Hayani. "Papa mana?" tanya Feeka yang suka sangat bertanya tak kira sesiapa pun.

   "Sekejap lagi baliklah. Sabar..Papa mesti penat. Mungkin malam kita akan bertolak. Tidak pun pada pagi esok,"kata Puan Hayani lalu menghabiskan secawan air kopi."Kamu mesti ada kerja sekolah. Bawa sekali. nanti senang,"sambung Puan Hayani lagi.

   Feeka hanya mengangguk.

* * * * *
   Hanila baring di atas katil. Dia terbayang wajah Hazrul. Selepas itu, dia terbayang muka Syahiera pula. Dia berasa bersalah dengan Syahiera.

   'Tuk ! Tuk !' Pintu bilik Hanila diketuk. Hanila segera membuka pintu biliknya itu. Kelihatan adiknya yang berada di depan pintu.

   "Kakak,ibu suruh turun untuk makan malam,"kata adiknya,Hanisa.

   "Cakap dengan ibu, kakak kenyang lagi. Ibu,ayah dan Nisa pergi makan dulu. Nanti kalau kakak lapar, kakak akan turun untuk makan yee,"kata Hanila kepada Hanisa. Setelah mendapat jawapan dari kakaknya, Hanisa berlalu pergi.

   Hanila menutup pintu biliknya lalu menguncinya sekali. Dia baring di atas katilnya yang empuk itu. Dia berasa panas lalu menekan suis penghawa dinginnya. Huhh~ Segar !

* * * * *
   "Wah ! Dah sampai la,"kata Feeka. Dia berasa ge,bira kerana dia sudah berada di halaman rumah neneknya.

   "Daripada Eka duduk disitu, lebih baik tolong angkat beg-beg ini,"kata Faris yang sibuk mengangkat beg.

   Mereka sekeluarga bertolak pada pukul 6.00 pagi . Mereka tidak bertolak pada jumaat malam kerana Encik Osman pulang lewat dari kerjanya.
   "Alhamdulillah..Sampai juga kamu,"kata Nek Jah lalu bersalaman dengan anak cucunya. 

   Feeka terus berlari menuju ke ruang tamu lalu dia memasuki bilik. Dia menghempaskan badannya di atas katil. Feeka berasa sangat ngantuk kerana awal pagi lagi sudah bangun. Seperti dia pula yang memandu.
   Setelah bersalaman, mereka masuk kedalam rumah Nek Jah. Puan Hayani terus masuk ke bilik untuk meletakkan beg baju ahli keluarganya. Dia terkejut kerana ternampak anak bongsunya sedang tidur di atas katil.

# * # * # *
Photobucket

Monday, 16 May 2011

Bab 1: Dating Pertama Hani !

Watak&ciri-ciri :-
Watak utama
-Firdaus= dipanggil Pidot
-Hazrul= dikenali sebagai Haz
-Feeka= dipanggil Eka
-Hanila= panggil je dye Hani
-Syahiera= dipanggil Iera

ciri-ciri

Pidot: Seorang yg kecoh,membuat orang jadi 'HAPPY' .
Haz: Seorang yg alim , membuat org jadi HAPPY , dan kawan baik Pidot
Eka: Seorang yg kecoh jugak , garang dan HAPPY gakk .
Hani: Seorang yg suka termenung ,suka marah dan selalu ceria. Dia juga selalu melatah .

*empat empat nie adalah kawan rapat 

Iera: Seorang yg suka merajuk dan agak matang .

   Pagi itu  , Feeka dan Hanila sedang berjalan bersama-sama menuju ke sekolah. Tiba-tiba  mereka disergah oleh Firrdaus dan Hazrul.

   "Opocot mak engkau balik rumah,"latah Hanila

   Mereka bertiga yg melihat telatah Hanila tergelak. Hanila memnuncungkan mulutnya. Mereka tergelak lagi .

   "Nanti aku sangkut baju aku guna mulut engkau. Senang sikit tak payah beli penyangkut baju,"kata Hazrul lalu tergelak diikuti dengan Feeka dan Firdaus.

* * * * *
  Kelihatan Syahira tertunggu-tunggu kedatangan mereka. Setelah meletakkan beg, ,ereka mengambil penyapu lalu menyapu sampah didalam kelasnya.

   "Dbuk!"tiba tiba Hanila terduduk diatas lantai akibat terlanggar Hazrul.

   "Ehem..ehem," Syahiera berdehem kerana cemburu melihat gelagat Hanila dan Hazrul.

   "Oppss..," kata Hanila. Hazrul yang dari tadi tidak bersuara berlalu pergi dengan rakan baiknya,Firdaus.

* * * * *
   Hanila dan Feeka tidak ke kanti. Firdaus dan Hazrul pula selalu makan didalam kelas. Hanila termenung manakala Feeka sibuk membelek novel-novelnya yang lama.

   "Eka, apa faedahnya kalau kita selalu termenung?"tanya Firdaus. Feeka yang mendengar soalan itu tergelak diikuti oleh Hazrul.

   "Suka hati aku lah aku nak termenung ke tak nak ! Itu hobi aku . Kau mana boleh larang. Sibuk la kau,"kata Hanila separa menengking. Mahu tak marah . Firdaus perli dia. Padan muka !

     Mereka bertiga terus tergelak mendengar Hanila menjawab dengan nada marah. Feeka dan Hazrul dari tadi tergelak tanpa berkata apa-apa.

   "Haha ! Padan muka kau Pidot,"Hazrul ketawa kecil.

* * * * *
   'Kring...!' Loceng berbunyi menandakan tamat persekolahan. Selepas solat zohor berjemaah, pelajar kelas tingkatan tiga memulakan pembelajarannya semula untuk kelas tambahan.

   "Wei, mana bekas pensel aku ni?!" jerit Ruqayyah. Ruqayyah memang terkenal dengan suara yang tinggi. Mengalahkan puntianak. Semua orang membuat kerja sendiri apabila mendengar Ruqayyah. Hajar pula terbahak-bahak menggelakkan Ruqayyah.

   "Hmmm..Ruqayyah, jangan menjerit,"nasihat Feeka."Hani,jom balikrumah. Dah dekat pukul lima. Nanti mak aku risau pula,"ajak Feeka.

   "Jom balik Pidot," kata Hazrul sengaja meninggikan suaranya. Seperti Firdaus ada jauh darinya sahaja.

  "Cehh..aku tahu kau nak balik dengan..,"kata-kata Firdaus terputus kerana telinganya ditarik oleh Hazrul."Jomlah. Nanti terlepas peluang kau kan,"sindir Firdaus.

   Feeka yang mendengar perbualan mereka berdua tergelak sendirian. Hanila yang dari tadi mengemas beg sekolahnya munculdidepan Feeka."Jom," ajak Hanila.

* * * * *
   'Im here sick, heare me, be carzy~ can't let you go..,' Feeka bergegas bangun dari katil lalu mencapai telefin bimbitnya yang sedang berdring.

   "Hello,ada apa Hani? Pagi-pagi lagi sudah 'call'. Mengacau aku tidur sahaja,"acah Feeka.

   "..........."
  
   "Baiklah. Petang ini aku akan datang bersama Pidot. Kau dengan Haz lepak dulu dekat situ. Nanti kitaorang datang," arah Feeka.

     "........."

    "Eka! Eka! Cepatlah.. Nanti lama pula diaorang ber'dating',"Panggil Firdaus yang berdiri didepan pagar rumah Feeka.

     "Ya..aku datang ni,"kata Feeka.

    Feeka bergegas menurun tangga dari biliknya lalu mencapai tombol pintunya lalu berkata kepada Ibunya "Eka pergi dulu ya ma,"

     "Baiklah,"sahut Puan Hayani.

Hazrul dan Hanila.....

   "Adoiii..Lambatnya budak dua orang ni,"keluh Hanila sambil membela tudungnya yang terbuka lipatannya.

   "Saboo jela..,"balas Hazrul.

   Hazrul mengajak Hanila untuk pergi ke Restoran Happy Fried Chicken' yang berdekatan kerana perutnya terasa lapar pula.

   "Hmm.. baiklah. Tapi kau belanja aku ya?"tanya Hanila sambil tersenyum-senyum melihat aksi Hazrul yang terpaksa itu. Hazrul tidak berkata apa-apa lalu mencapai tombol pintu restoran itu.

* * * * *
   "Mana pula si Haz dan Hani ni ?" tanya Feeka kepada Firdaus setelah sampai di tempat yang dijanjikan. Feeka segera mencelupkan tangannya kedalam poket seluarnya. Dia teraba-raba telefon bimbitnya."Alamak! Aku lupa nak bawak 'handphone' la pula,"kata feeka yang sedang menepuk dahinya tanda terlupa. 

   Firdaus yang dari tadi memerhatikan di sekelilingnya kini menumpukan matanya pada Feeka.

   "Guna la 'public phone' di sana," kata Firdaus lalu menundingkan jarinya ke arah telefon awam yang berdekatan dengan bangku. 

   "Kedekutnya kau ni. 'Handphone' kau mana?"tanya Feeka yang membulatkan matanya tanda marah.

   "Hehe..'Handphone aku tiada kredit,"kata Firdaus yang cuba menipu tetapi gagal. Feeka segera merampas telefon bimbit Firdays daripada tangan Firdaus itu lalu menekan butang nombor.

* * * * *
    Malam itu, Hanila tersenyum sendirian di atas katilnya sambil memikirkan tentang petang tadi. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dengan berasa malam, Hanila bangun dari katilnya lalu mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja belajar.

   "Best kan tadi? " mesej yang terpampang di dalam skrin telefon bimbit Hanila jelas dari Feeka.

   Hanila malas untuk membalas mesej itu lalu menyambung mengelamun. Malam itu, Hanila tidur dengan senyuman. 

* * * * *
   Selepas berhimpun di tapak perhimpunan, semua pelajar masuk ke dalam kelas masing-masing. Pagi isnin itu, semua kelasriuh-rendah kerana semua guru sedang bermesyuarat.

   Ada yang berborak,ada yang bermain, ada yang membuat kerja sekola yang tidak disiapkan di rumah dan macam-macam lagi. Ish ish. Tak malu betul ! ada yang main ? Main kapal terbang kot. Haha !

   Syahiera membelek-belekbuku komiknya lalu menutup komik itu dengan kuat. Dia cemburu dengan Hanila yang makan bersama-sama Hazrul pada sabtu lalu. 

   Feeka,Firdaus dan Hazrul sibuk berborak sambil gelak ketawa. Hanila pula berasa bersalah dengan Syahiera yang tidak berpuas hati dengannya. 

   Feeka berjalan menuju ke arah Hanila yang sedang bersendirian lalu berkata "Janganlah risau. Kau ni.." kata-kata itu terputus.

   "Hmmm.. nak buat macam mana," kata-kata itu menghilangkan semangat Feeka untuk membela kawan baiknya itu."Hari ni aku nak balik awal la.. Kau nak balik ikut aku ke tak nak?"tanya Hanila dengan suara yang lemah. Macam mahu pengsan ! Kuat la sikit !

   "Tidak mengapalah. Aku balik seperti biasa sahaja,"balas Feeka lalu berlalu pergi. Hanila hanya mengangguk tanda setuju.  

# * # * # * # *

Tunggu untuk bab 2 ! Coming Soon .



Photobucket